Lilosyah;

♔ Crushingggg is not a good idea for me! ♔


This is actually the first time I feel I got crush on someone and I dont even dare to talk to him. WTH ?!! 

I feel so hopeless and just admiring him from afar. Watching him playing hockey would be the best sight for me to release my stress everyday. Fool me!

Finally got the guts to stalk him on Twitter and turn out that he had quite many girl friendss
oh the girl friendsss are not the girlfriend actually. 
It just that its so frustrating to see him getting close with so many girls.

Hell yeah,  which mean I got many rivals . *sad face*

Following him on Instagram and he did not follow me back !!! 
Actually, before all this complain of mine, I dont even have confidence that he know my name.
my face, maybe? because I believe I am one of the most dedicated hockey player who got to play hockey EVERY DAY! *fool me!*

My friend said that, first at all, I need to introduce myself to him first. Because not all people actually care about others whether they exist or not.

But I keep imagining things that he actually know I like him and purposely avoid me. So, wth should I introduce myself to him. 

He looks like a friendly guy but why not to me ? 
Because he did not know you. Simple.
 Hell yeah so true. 




♔ NASMIRA ASHA ♔
BAB 1
Mac 2001
Surat tawaran itu aku pandang dengan senyuman lebar dan bahagia tidak terkata. Walaupun sukar dipercayai, aku berjaya masuk ke kolej berprestij yang hanya menempatkan golongan genius di seluruh Malaysia iatu Kolej Sapiens . Orang kata, kalau kau sebut sahaja kau adalah graduan kolej tersebut, tanpa banyak tanya , kau akan diterima masuk ke mana-mana syarikat di seluruh Malaysia.
          Ya Allah, terima kasih atas kurniaan-Mu.
Aku memegang erat surat itu dan belari balik ke Teratak Coklat, rumah anak yatim yang aku diami sejak kedua-dua ibu bapaku meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya meninggalkan aku yang masih bayi.
          "Umi Yani, Mira dapat scholarship masuk kolej. Mira gembira sangat Umi. " setibanya di ruang tamu Teratak Coklat, aku pantas memeluk Umi Yani yang kami semua anggap ibu di teratak itu.
          "Wah..hebatnya anak Umi seorang ini. Tahniah Mira sayang . Umi bangga sangat ." Umi Yani mengesat air matanya sambil membaca surat tersebut.
          "Kalau mak dan ayah Mira masih ada, mesti mereka sangat bangga ada anak gadis yang jelita dan bijak macam Mira ini. " Umi Yani mengelus tanganku lembut.
Umi Yani tidak pernah memujiku cantik atau comel . Katanya aku istimewa kerana aku jelita. Sampai sekarang, aku tidak apa beza cantik atau comel dengan jelita. Apabila aku tanya apa perbezaan cantik dan jelita.
Umi Yani hanya akan cakap, " Orang lain cantik tapi Mira jelita. Hanya Mira sahaja yang jelita. Itulah perbezaannya. "
          "Ya, of course lah parents Mira bangga. Miralah anak perempuan paling sempurna dalam dunia tahu. Umi kena rasa bertuah  sebab dapat jumpa dengan anak perempuan terbaik macam Mira ini. Satu dalam seribu saja Mira ini. " ujarku kepada Umi Yani untuk memujuknya yang sudah menekup mulutnya menahan tangis.
          "Mira memang anak perempuan terbaik Umi . " balas Umi Yani kepadaku.
Sejak dari hari itu , aku ada 2 minggu untuk membuat semua persediaan untuk menjalani hidup di kolej. Aku kena meninggalkan teratak yang umpama rumah bagiku. Hati ku mula sebak. Aku tahu, lambat laun aku kena meninggalkan teratak itu kerana aku lah penghuni paling tua di situ. Penjaga teratak menggalakkan semua penghuni untuk mencari kehidupan sendiri di luar tanpa bergantung pada teratak sebelum berumur 20 tahun. Aku sangat memahami keadaan teratak lama kami yang hanya mampu menampung 20 orang penghuni sahaja.
          Malam sebelum berangkat ke Kuala Lumpur, Umi Yani datang ke bilikku.
          "Nasmira Asha , saya dengan rasminya mengesahkan kamu bukan lagi penghuni Teratak Coklat. Jalani lah hidup kamu di luar dengan penuh kebahagiaan.."  Umi Yani berhenti berkata-kata. Dia memalingkan mukanya ke arah lain. Walaupun dalam keadaan agak samar, aku dapat lihat air mata mengalir perlahan di pipi tua Umi Yani .
          "Umi, jangan lah sedih. Mira tetap anak gadis Umi. Lagipun, Umi ada ramai lagi anak gadis kat sini. Nanti-nanti, Mira ada masa , Mira akan jenguk Umi kat sini. Mira janji. " aku memegang tangan Umi Yani dengan erat.
          "Mira kena hidup bahagia tahu. Belajar bersungguh-sungguh , dapat kerja bagus , kahwin dengan lelaki yang terbaik macam Mira juga dan dapat anak-anak yang terbaik macam Mira Umi ini tau ? Jangan hidup menderita lagi seperti yang Mira lalui di sini. " panjang nasihat Umi kepadaku.
          "Hesh.. kehidupan Mira di sini lah paling bahagia. Mira mungkin akan hidup bahagia tapi mungkin  tidak sebahagia bersama dengan Umi dan adik-adik teratak. "ujarku memujuk Umi. Sensitif pula Umi malam ini. Macam lah aku tak boleh datang lawat sekali sekala nanti.
Esok paginya, aku berangkat awal ke stesen bas setelah mengucapkan selamat tinggal kepada semua warga teratak.
Aku menaiki bas pukul 10 pagi dari Teluk Intan ke Kuala Lumpur. Sepanjang perjalanan, aku hanya termenung.
Mulai hari ini, aku kena berdikari hidup di luar. Biasiswa yang diberi hanya untuk membayar yuran pengajianku. Sewa hostel dan bajet makan minum , aku kena tanggung sendiri.
Tidak. Aku tidak boleh mengeluh dari awal. You can do it , Nasmira ! Aku merupakan pelajar terbaik SPM di sekolahku. Cabaran seperti ini kenalah ditangani dengan bijak .
Setibanya di KL Sentral, aku mengangkat bagasiku keluar. Umi Yani membekalkan wang sebanyak RM300 untuk perbelanjaan sara hidup aku sebelum mencari kerja part-time. Aku kena berbelanja dengan cermat bagi mengelakkan sebarang masalah kelak.
          Aku menahan sebuah teksi dan meletakkan bagasi di bonet kereta.
          "Pergi mana ya dik ?" tanya pemandu teksi.
          "Kolej Sapiens . Pakcik tahu kan kolej tu ? " jawabku dengan senyuman.
          "Oh .. KS, sapa tak tahu. Boleh-boleh. Adik ini pelajar tahun pertama ke ? Baru nak mendaftar ?" tanya pakcik itu lagi.
          "Ya. Pelajar baru." jawabku ringkas.
Aku menikmati permandangan bangunan-bangunan tinggi di pusat bandar KL. Permandangan yang jauh berbeza daripada kawasan teratak yang aku diami selama ini.
Setelah 20 minit, teksi itu masuk ke gerbang yang tertulis dengan tulisan warna keemasan 'Sapiens College' . Kelihatan papan tanda 'Pendaftaran pelajar baru' terpampang di depan pintu gerbang menuju ke sebelah kanan.
Aku terpegun melihat permandangan indah dalam kolej itu buat pertama kalinya.
          "Adik , kita dah sampai. Saya rasa itulah dewan pendaftaran." pakcik teksi menunjukkan sebuah dewan berwarna biru laut di depan ku.
Setelah mendaftar, aku mencari kamar di hostel yang terletak agak jauh dari dewan tadi.
Setibanya di kamar 1101 seperti tertulis kad pelajar yang baru diberi tadi, aku mengetuk pintu apabila melihat ada sepasang kasut di luar.
          "Yes come in." suara dari dalam itu menjelaskan bahawa teman sebilikku dah sampai lebih awal.
Aku masuk perlahan-lahan.
          "Hai.. awak roomate saya ?" tanya aku tergagap-gagap.
          "Yes of course. Hello nama I Audrey. You?" teman sebilikku yang mengenalkan dirinya sebagai Audrey itu kelihatan seperti peramah.
          "Saya Mira, Nasmira." pendek aku memperkenalkan diri. Aku agak janggal untuk bercakap dengan orang yang baru aku kenali.Lebih-lebih lagi apabila melihat rambut blonde dan mata bulat teman sebilikku itu.
Dia kacukan mungkin.Getus hati kecilku.
 Aku sangat harap kami dapat jadi kawan.
          "Mira, mungkin ambil masa kan untuk kita jadi rapat. Haha.. I cuma nak cakap, kalau you need any help, I'll willingly to help you. I mungkin nampak jahat, tapi I baik je. Tak makan orang. Sama macam you. " gurauan Audrey menbuatkan aku tergelak kecil.
          "Hahaha , saya hargai kata-kata awak. Cuma, saya memang kena panggil awak Audrey ke? No nickname ?" tanya ku .
          "Oh. nama penuh I Audrey Aileen. I kacukan Melayu-British. Tu pasal nama pelik sikit. Panggil lah apa-apa you selesa. "jawabnya dengan ramah.
Aku mengganguk-angguk kepala kerana telahan ku awal tadi ternyata benar.
          "Kalau.. saya panggil awak Lyn boleh ? Awak panggil lah saya Nas atau Mira. Ikut mana selesa. " jawabku.
Perbualan kami bertambah rancak dan kami mula selesa dengan satu sama lain. Lyn seorang yang peramah dan baik bagiku.
Kuliah kami akan bermula minggu depan. Kami ada beberapa hari untuk mempersiapkan diri sebelum kuliah bermula. Persiapan yang dimaksudkan ialah membayar yuran , membeli buku-buku rujukan dan lain-lain.
Malam itu, aku dan Lyn duduk lepak dalam kamar setelah penat mengemas sepanjang hari.
          "Lyn, saya nak cari kerja part-time. Awak tahu tak ada kerja kosong yang berdekatan sini ?" secara spontan aku bertanya kepada Lyn.
          "Part-time ? Oh yang I tahu, hotel uncle I yang tak jauh dari kolej kita tu ada kerja kosong katanya. Part-time kerja malam je. I dengar cousin I cakap hari tu. Kalau you nak, esok kita pergi sana. Kacang  je saya suruh uncle I ambil you kerja. Okay set ? Esok kita pergi ?" kata-kata Lyn amat melegakan hati ku.
Oh terima kasih Allah kerana mempertemukan aku dengan insan seperti Lyn.
Keesokkan hari nya, seperti yang dijanjikan, Lyn membawa aku ke hotel pakciknya.
          " Uncle, ini kawan Audrey. Dia nak kerja part-time kat hotel uncle ni. Syif malam je, sebab siang ada kuliah. Boleh kan ?" kata-kata Lyn  tidak mengusik sedikit pun lelaki dalam lingkungan 40an yang asyik menilik dokumen di atas mejanya.
          "Saya akan bekerja dengan bersungguh-sungguh. Saya janji saya tidak akan mensia-siakan peluang yang Tuan bagi pada saya apabila Tuan membenarkan saya kerja di sini !" kataku dengan bersemangat berharap pakcik Lyn ini akan memberi peluang padaku.
Dia mengangkat muka memandang wajahku. Matanya menilikku dari atas ke bawah. Aku mula berasa tidak selesa dengan pandangan matanya. Pandangan yang mempunyai seribu makna dan tidak dapat aku tafsirkan.
          "Hey Dad, you really are.." seorang jejaka tiba-tiba merempuh masuk. Kata-katanya terhenti melihat aku dan Lyn.
          "Hey Ray, long time no see. Bila pula you balik Malaysian ni ?" tegur Lyn dengan peramah seperti biasa.
          "Kau buat apa kat sini ? " jawab jejaka itu kasar.
Aku menundukkan wajah . Wrong timing betul lah mamat ni. Getus hati kecilku.
          "Hey Ray, salah ke I lawat hotel uncle I ? I tolong kawan dapatkan kerja kat sini. Any problem ? You pasal apa marah-marah ini " aku hanya membiarkan Lyn dan jejaka itu berbual. Eh berbual ke bertelingkah ?
Memang wrong timing betul kami datang masa ini.
          "Kamu diterima. Mula kerja malam ni. Nanti datang terus ke pejabat untuk dapatkan pas pekerja. " ringkas kata-kata pakcik Lyn.
Dengan muka serius, pakcik Lyn terus keluar meninggalkan aku, Lyn dan pemuda tadi.
          "Terima kasih banyak-banyak !" jawabku dengan gembira. Aku menapak keluar .
Jejaka tadi tiba-tiba menghalang laluanku sehingga wajah kami berada sangat dekat dengan satu sama lain. Aku terkedu kerana aku dapat merasa hembusan nafas jejaka tersebut.
Pantas aku berundur ke belakang. Jantungku berdegup kencang. Apa kena mamat ni ? Getusku geram.
          " Hey, you girlfriend ke berapa ni ? Tak reti nak hormat anak dia ke ?" kata-kata jejaka itu membuatkan aku panas hati dan mengetap bibir geram.
          "Apa kena you Ray, ini kawan I lah. Dia baru kenal bapa you hari ni. Girlfriend apa pula. Ya pun nak marah,tak perlu lah nak lepaskan kat dia." Lyn menyampuk dengan geram.
Thanks Lyn. Kataku dalam hati.
Aku mengangkat muka . Ya memang aku agak terpegun dengan jejaka itu. Badan tegap dengan wajah seperti artis korea. Sempurnanya fizikal jejaka itu memang tak dinafikan. Aku menelan air liur. Behave Mira ! Aku menyedarkan diri.
          "Like I care.." jawapan mamat itu membuatkan aku lebih panas hati.
Hamboi mentang-mentang muka handsome, boleh la ya nak kurang ajar dengan aku yang kurang cantik ini. Aku hempuk kang. Kataku bermonolog sendiri.
          "Lyn, jom pergi." ujarku tegas. Makin lama aku kat sini, boleh gaduh jadinya dengan mamat ini. Sabar Mira. Aku menahan diri.
          "Hey, tak payah nak berlagak boleh tak ? Betina macam kau memang berlambak datang minta kerja kat hotel ayah aku ini. Minta kerja konon, lama-lama nanti kau jadi mistress ayah aku juga. Aku tahu sangat. " Rayyan tetap cuba mengapi-api perbalahan yang sememangnya nak mula itu. Aku hanya mengetap bibir geram.
Anak bos kau ini Mira. Kau kena behave.Getus hatiku.
Berlagak betul minah ini. Getus hati Rayyan. Tapi boleh tahan lawa. Rayyan senyum penuh makna memerhatikan gadis itu penuh minat.
          "Ray, like I told you earlier, kalau nak lepas marah you tu , please lepas tempat lain boleh ? Malu lah I dengan kawan I . You marah ni sebab Arina kan ? I ada dengar Miza cakap awek kesayangan you tu ada affair dengan ayah you sendiri. How funny kan Rayyan Akmal.. Ops sorry terlepas cakap. .." kata Lyn dengan sinis.
          "Mira, buat tak tahu je apa I cakap tadi. And you Rayyan, you pick a wrong person to release your anger. Now, may we excuse ourselves?" Lyn menarik tangan aku keluar dari pejabat itu.
Aku hanya mengikut langkah Lyn menuju ke lobi hotel.
          "Hey Audrey ! Is that you ?" kelihatan dua orang jejaka melambai tangan ke arah kami di kawasan sofa di lobi hotel.
          "Oh no Mira, buat muka paling buruk you ada. Buat-buat tak siuman pun tak apa. Dia orang itu kawan Rayyan. Kasanova . Please don't even have a slight smiling face in front of them. You will be the next target!" amaran Lyn membuatkan aku mengerut dahi.
Kelihatan dua jejaka itu menghampiri kami dengan senyuman penuh dengan ke'kasanovaan'? Tapi tak tipu, sama macam Rayyan yang gila tadi, jejaka berdua ini memang segak seperti Rayyan.
Aku hanya membeku di sebelah Lyn. Jaket hoodie yang aku pakai itu aku naikkan menutupi wajahku. Safe.
          "Hey Dan, hey Miza..korang buat apa kat sini ?" Lyn menyapa mereka mesra.
          "Nothing, tunggu Rayyan jumpa papa dia tadi. This cute little girl kawan you ke ?" Daniel menunding ke arah aku.
Aku mengeluh perlahan. Zaman sekarang pun buaya darat pandai 'bersiar-siar' di Kuala Lumpur.
          "Ah,, dia..." Lyn seperti mencari idea agar mamat dua orang itu tidak dapat berbual denganku.
          "Dia bisu!" kata-kata Lyn mengejutkan aku. Pantas tanganku menyelak hoodie yang ku pakai menjegil ke arahnya.
Ya pun , tak melampau ke kata aku bisu ? Aku mengetap bibir geram.
          "Wow..cantik..bisu tapi cantik.." Daniel yang merenungku lembut membuatkan aku tak selesa.
Dasar kasanova.
Tanpa berlengah, aku menarik tangan Lyn keluar dari hotel itu. Lantak lah mamat itu nak cakap aku berlagak sama macam Si Rayyan gila tadi. Aku dah cukup bersabar.


Rayyan mengetap bibir geram. Audrey Aileen memang tak pernah tak menyakitkan hatinya sejak kecil.
Tapi kenyataan tetap kenyataan. Arina , teman wanita yang dikenalinya sejak tiga bulan yang lalu rupa-rupanya hanya mengunakan dia untuk rapat dengan ayahnya.
          "Arghhh!" Rayyan menyepak sofa di pejabat ayahnya. Memang dia hanya mengambil Arina sebagai teman wanitanya untuk peneman tidurnya seperti teman wanitanya yang lain . Tapi dia rasa sangat tercabar apabila mengetahui dia berkongsi Arina dengan ayah kandungnya sendiri.
          "Betina sial!" jerit Rayyan penuh kegeraman.
Dia melangkah keluar dengan muka masam.
          "Mana dua orang ni ?" Rayyan memerhatikan lobi hotel itu mencari kelibat dua orang kawan baiknya.
          "Ray ! Kejapnya kau hentam ayah kau ? Ke kau yang kena hentam ? " Daniel muncul di sebelahnya dengan senyuman sumbing.
          "Kau kan , kalau tak nak aku penumbuk kau kat sini, baik kau diam. Aku tak ada mood ini. Dah lah jumpa minah gedik Aileen tadi." Rayyan mengetap bibir sambil merenung Daniel dengan pandangan tajam.
          "Okay..no hal ! Small matter. Oh ya aku ngan Miza pun jumpa Aileen aka Audrey tadi. Dengan kawan dia yang comel itu. A very naive girl ,I think so. " Daniel menepuk bahu Rayyan dan berlalu menuju keluar apabila melihat kereta Audi putih Miza sudah menunggunya di luar.
Entah kenapa, Rayyan berasa tidak senang hati mendengar kata-kata Daniel mengenai kawan Aileen tadi. Seolah dia ingin mengisytiharkan gadis itu miliknya dan hanya miliknya.

Rayyan mengeleng-geleng kepala apabila menyedari dia tiba-tiba teringat gadis tadi. Seperti biasa , dia , Miza dan Daniel akan berkumpul di kelab golf untuk melepak di sana sementara menunggu untuk ke kelab malam. Begitulah rutin hariannya sebagai anak tunggal kepada pemilik hotel mewah di Kuala Lumpur. Tanpa arah tujuan dan sekadar berfoya-foya setiap hari.


♔ TERATAK COKLAT ♔
ehem . assalamualaikum . 

cakkk! wah lama aku tak update blog aku ni . heeww
okay hari ni aku mau kongsi pasal hidup aku di Kolej Mawar UITM Shah Alam .

mesti curious kan kan . apa tah yang 'teratak coklat' tu ?? hahha
maaf kalian . teratak coklat ni bukan lah pondok comel yg diperbuat drpd coklat cadbury ,
toblerone atau coklat daim . muahhaha . *sebab first aku dgr , aku bygkan mcm tu *
 aku kan pengemar segala jenis coklat nihh . :p

aku masuk UITM ni memang aku cuak sgt . aku bimbang aku terpengaruh dgn aktiviti2 pelikss di sni
aku ni jenis polos dan mudah je terpengaruh
alternatifnyaa ,, yaa ofkoss
we back to the most BASIC !
aku mahu dekatkan diri lagi dgn Allah . medium aku ialah surau Kolej Mawar @ TERATAK COKLAT !!
hahah . yaaa . Teratak Coklat ni ialah surau Kolej Mawar yang juga merupakan 
jantung Kolej Mawar . *akak2 surau ckp*

alhamdullilah aku join usrah dan progam yg dijalankan di teratak kesyangan kami ni
aha ! kenapa nama surau ni "Teratak Coklat "??
takk !! surau ni tak dicat berwarna coklat yaa  .*aku tau mesti tu yg kau pkir kan kan*
surau kami ni warna UNGU ....
hahhaah . nampak tak ? kenapa Coklat ? mna dtgnya coklat tu ?

hahhhahah . dan al kisahnya ada sorang kakak surau yg paling kami syang iatu KAK AYUNII
heww kakak paling sempoi dan sporting !
dia ckp
"kenapa COKLAT ? .. haa sebab COKLAT ni manis .
dan begitulah ukhuwah warga TERATAK COKLAT ,
ukhuwah yang MANIS ! "

"haa awak2 semua jgn pulak memandai tukar jadi Teratak Lavender . mentang2 warna ungu kan ?!"


ahhahhaha . baru mau bagi nama baru . pandai kak ayunii baca fikiran kami mau tukar 
jadi Teratak Lavender . kan styloo !! muhahahaah



TERATAK COKLAT KUU !! 

Teratak Coklat menyediakn pelbagai progam menarik utk semua warga Kolej Mawar .

jadi kalian semua  , mrilah memeriahkan lagi Teratak kita ni . heee

ada usrah , ada main game , ada nyanyi berjemaah sambil bedah lagu , ada perkongsian pergalaman .

kami pun ada pakej mcm PEMBINA tau .. hahahah .

hidup Teratak Coklat ! .

nanti berjumpa di lain hari yaa ! 

♔ Uitm Shah Alam , wait for me ! ♔
ehem . assalamualaikum .
wow hampir berhabuk dah blog aku nihh . 
internet di kampung aku mcm hampeh je .

aku send wasap pkul 2.30pm hari ni ,
2.30pm esok baru send . itu pun mau tunggu bluetick lagi .
sabar je lah .

wah2 . aku nak ucapkan tahniah kepada kengkawan aku yang mendaftar di UITM hari ni .
ramai katanya . hahha
semoga berjaya memperoleh apa yg kalian impikan.
yang masuk U lain tu pun aku ucapkan congretts.. haha
cuma disebabkan aku pun UITM , jadi UITM ni special skett

bebudak UITM Shah Alam , lusa aku dtg bertemu kalian ye . 
4 jun 2015 , my first day as a 'siswi' UITM Shah Alam . hee
kolej mawar yang cantik lagi , tunggu aku datang ye .. 



Image result for kolej mawar uitm shah alam

mak , dont cry eh ? hee . one day , i will make you proud . i promise !

I LOVE YOU MOM !

datang dengan harapan , pulang dengan kejayaan .



heee . slogan kt pagar SEMESTI .


aku praktikkan di sini jugak . 

in sha allah aku boleh buat yang terbaik . jangan hampakan parents kamu aisyah !



♔ The 'Indons' Story ♔

ehem . assalamualaikum .
 aku sekadar nak cerita pasal satu kisah ni . hahahah
 cehh .. suspen tak ?
mesti suspen kan sebab apa kebenda la Indon-2 ni .. heheh

kite mulakan ye . hee

tadi punya cerita lah . aku pergi medical checkup kt 
klinik swasta dgn aunty aku . 
yelah kan nak masuk belajar balik . 
nak tinggalkan 'dusun anggur' aku yg berbuah lebat tu
hahahah .

well time ambik nombor , tak ada apa yg pelik 
seperti biasa .
daftar bagi IC dgn borang yg doktor kna isi tu .
akak kaunter bertanya  ,
 "mahu buat medical chekap untuk masuk U ke ?"
padahal logo UITM punye besar terletak kt muka depan borang .
"tak lah kak , nak medical chekap untuk kahwin . kan ada ujian talasemia tu ."
muahahahah . tidak lah aku kuhang ajarr mcm tu ..
"ye kak " jawabku dgn senyuman mnis .

sampai la aku di tempat nak ambik darah dan X-ray , aku masuk dengan yakin
ke dlm bilik di tingkat 1 katanye ,
then...
OPSss!
ramainye kaum Indon kat situ !
mcm mne aku tahu diaorg tu org Indon 
"nanti turn gue panggil kan ye dong "
"gue bla bla bla ...."

hahahahh . cara ckp dan muka memng bukan org tmpatan .
well . kan ada buruh-2 yg dibawa dari indon dtg berkerja kt Sarawak .
hai bruhhh , apasal tak pergi hospital kerajaan?
takut kna tendang balik Indon ke ?

aku dan aunty aku je perempuan hokay ,,
sapa tak cuak ! 
well the Indon Bros asyik ushar aku bagai nak makan aku aje 
kenapa bro?
tudung I terbalik ke?
baju ok je . menutup aurat penuh .
sungguh tak sopan perlakuan kalian hokayyy

then , akak nurse pun panggil ,
"Soekarno Wi..jo..wo..!"
tak ada sapa jawab
"Soekarno Wijobo?"
pun tak ada . 
"Sokano oh Sokano !"
tak ada jugak .
"Sokano oi . Kang aku campak engko balik endon kang !! dah lah nama entah pape ."

muahahaaah .. satu bilik tu ketawa . aku pun . : P

aunty aku hanya cover gelak . aku ? apa kisah ? hahahahahhahahahah

then , masuk la si Sokano yg dimaksudkan .
jadi 'superstar' terus tu .. hahhah
semua org pandang . 

kesian pulak aku tengok . gaya dia mcm umur belasan . muda lagi tapi dah kerja buruh 
di negara orang .
  aku bersyukur sgt jadi warganegara negara ni .
 tak lah dapat nasib  macam si Sokano tu .
dia mungkin tak pernah berpeluang untuk menuntut ilmu .
dan terus bekerja buruh mcm tu .
sadis kot . *sobsob

the lesson of the story is Berbanggalah menjadi rakyat Malaysia . 
humphhh .*muke confident*


 


the end . assalamualaikum kalian .








♔ ROHINGYA punya cerita ♔

ehem . assalamualaikum .
kali ni aku mahu share aku punya pendapat pasal isu

"PELARIAN ROHINGYA "

well well aku rasa semua tahu pasal isu ni sebab para pelarian rohingya ni
lebih famous drpd artis kot . semua orang tahu pasal diaorg .
muahahah , betul ke ? ke aku je yg merapu . *hurmm*

macam yg korang tahu , rohingya ni kaum minoriti negara bangladesh dan myanmar 
yg tak diiktiraf rakyat lagi . pelarian la kan namanya ?
aku tak berani sgt nak komen pasal masalah negara diaorg tu . yelahh . 
aku budak kecik je , tak pandai sgt psal politik ni . 
politik dalam negara pun aku jarang ambil tahu .
ni nak sibuk-2 pasal negara orang .
takpe lah . 


nah mind map dlm gmbar ni mengisahkan kisah pelarian ni semua .

truthly kan , aku sbgai rakyat malaysia yg cemerlang lagi gemilang ni 
*chewahh kau kenapa aisyah 
aku rasa sedih kot baca kisah pasal mereka ni .
betul lah takdir ni memang tak dijangka . kau rasa diaorg tahu ke yang diaorg akan 
melalui semua ni ?
*sobsobsob
tapi , tak salah kita bg bantuan kat diaorg . give them food , drinks and medical treatment .
tak susah pun . tak da kerugian pun .
malah , kita dapat pahala lagi sebab tolong diaorang .
aku tengok para menteri dan ahli politik negara kita tengah berdebat pasal

 "kita kena tolong mereka . bagi mereka perlindungan"
"kita kena pkir pasal negara kita sendiri dulu , baru pkir nak tolong orang lain . "
 "kita kena bla bla bla bla bla bla bla "
"tak boleh !"
"boleh !"
"tolong!"
"tak payah tolong"

memacam lagi lah .. aku duk terpikir , sepanjang diaorg tu berdebat psal isu tu.. ,



bebudak kecik ni masih lagi 'belayar' di lautan .


kau agak berapa lama orang-2 ni dpt bertahan kt kapal kayu yg duk mereput tu 


 .

tak pikir ke pasal ibu-2 yg ada bawa baby sekali tu
yg ada anak yg tengah sakit .
wehh .. pikir la mcm manusia .

hurmm . tak suruh pun kan buatkan sorang-2 diaorg tu mykad setiap satu .
bg bntuan perubtan , bagi diaorg berlabuh kjap . 

apa kau rasa kalau kt tempat mereka ?
mcm bola pingpong je .
melantun ke Indon ,
"shuhh pergi kau ke malaysia "
melantun ke Malaysia ,
" pergi kau . negara kami tengah ada krisis GST "

cehh okay memain .

aku kongsi pendapat aku je . tak ada kaitan dgn politik ke apa . 

aku sayang Malaysia walaupun ada ura-2 cakap Sarawak nak keluar dari Malaysia .

ermm .. aku kena standby passport ke untuk ke Semenanjung di masa depan ?
huahuahua...

ok the end . assalamualaikum . 


♔ Lesson . *winkwink* ♔


ehem .
hai semua . *winkwink*
trima kasih ya sbb ada jugak yg view blog saya . hee
walaupun tak lah byk mne tapi rase gembira la jugak .
thanks my dearest reader . 

sapa pernah fall in love kt sini ?
ecececeh . pasti semua pernah kan kan .
hahahaha . saya tak pernah . crush tu banyak .
well biasa bebudak remaja ni .
tgok jejaka ala-2 Tom Cruise memang cair . hee
ada jejaka muke korean , uih mata tak lepas nak pndang .
zina mata tu . hati-2 ye . hahahah

masa Pasca PMR dulu , kiteorg ada ceramah Cinta gitu lah .
ustazah sekolah saya yg bg ceramah .
dia ceritakan kisah dia dan husband dia .
erm dah nama ustazah . memang muslimah sejati lah .
ustazah ni kiut dan sempoi . suke tgok ustazah ni bercerita .
dia cita lah .

how they meet ?
hahah . kau tahu dia dan husband dia tak pernah jumpa ya .
macam ikut pilihan family .
cara islamik . jumpe first time masa akad nikah .
kalau kita kan mesti tak setuju . yelah mana tahu bakal suami kita tu gemuk ke?
kulit hitam ke ?
tak handsome ke?
tapi ustazah saya ni dia doa dapat suami solehah je .
hebat kan ada muslimah macam ni?
subhanallah .

aku sgt respect pendirian ustazah aku tu .
lagi dia cakap , kpd yg tgah bercouple di luar sana ,
tidak kah kau rasa bosan dengan dia saja ?
muahahah . ayat ustazah aku tu .
waktu couple , kau dah tahu dah personaliti dan sikap dia .
kau tahu dah dia suka makan apa
kau tahu dia suka warna apa
kau tahu dia suka main apa
kau tahu dia minat pasukan football mana
kau kenal dah satu family dia
kau siap ingat lagi birthday parents dan adik-2 dia
uihh bersungguh-2 kau mahu tahu segalanya psal dia
THEN , waktu kahwin , APA YANG TINGGAL ?
dah kahwin nanti kau tak ada yg kau mahu sembang dgn dia sebab kau dah tahu segalanya pasal dia
thats the point !
kalau kau tak pernah kenal pun dia , mesti kau rasa sgt curious utk tahu segalanya tentang dia 
yang akan menemani sepanjang hidup kau kan
heeee . 
itu lah yg ustazah aku buat .
kalau dpt suami soleh , alhamdullilah . In sha Allah bahagia rumah tangga
kalau dpt yg kurang soleh , tidak salah kita ajak suami menjadi lebih baik .
suami isteri kan saling melengkapi .  *senyum nampak gigi*



amin .... 

oh ya pasal ustazah saya tu , saya tak pernah tengok suami ustazah saya .
tapi saya pernah tengok anak dia .
subhanallah , comel sungguh . 
well . apa yg ustazah saya bgtau , dia sgt bahagia dgn suami dia .

alhamdullilah . 

saya sekadar berkongsi cerita ni untuk semua muslimah agar sentiasa berdoa dpt suami soleh .

heheee.. jodoh ni kita tak tahu bila .
cakap mahu kahwin umur 27 konon .
tgok-2 umur 20 dah kahwin .
Jodoh kan di tangan Tuhan .

saya share lagi nanti yaa . *winkwink*

assalamualaikum .





Older Post